Monday, 30 January 2012

Kisah Terlanggar Tiang

Assalamualaikum and hi everyone!


Tengah hari tadi, tugas saya masa cuti semester ni macam biasalah. Hantar adik kecik saya ke sekolah dan ambil dia pukul satu.


Tapi hari ni musibah apa entah. Sampai aje kat rumah, nak masuk dalam parking kereta, tetiba saya terlanggar tiang! Terkejut saya. Tengok-tengok pintu sebelah kiri dah kemek sikit. Calar-calar. Side mirror pun calar sikit. Oh my god, saya dah takut ni. Dahlah itu kereta ayah saya.


Puas saya duk fikir nak kelentong apa lah kejap lagi ni. Takut sangat. Hari tu, kereta yang sama juga. Kisahnya hari tu, kakak saya langgar tiang masa nak masuk parking rumah. Tapi hari tu kene tiang sebelah kanan. Kali ni sebelah kiri. Tahniah tiang.


Pukul tiga camtu, mak dan ayah saya pun balik. Tak sempat nak cakap apa, mak saya dah kata....

"Tak lepas nak masuk parking ke tadi?"
(dalam hati...eh macam mana mak tau ni?)


Fuhhhh... nasib baik lah ayah saya tak bising. Tapi dia diam je tadi. Dia marah ke ek? Pengajarannya, jangan lupa baca doa naik kenderaan!


Wassalam and have a nice day! 

No comments:

Post a Comment