Saturday, 28 January 2012

Entri Pertama.

Assalamualaikum and hi everyone!


Hari ini, dengan rasminya saya sudah punya blog, heeee.. Saya sebenarnya sunyi. Sunyi duduk dekat rumah ni. Tanpa ada yg menemani. Perkara yg sama berlaku setiap hari. Hmm..


Macam hari ni. Semua orang asyik sibuk, walaupun hari ni hari sabtu dan sepatutnya hujung minggu macam ni bawa lah kami keluar jalan-jalan. Tapi mak dengan ayah seolah-olah tak mengerti. Mentang-mentanglah saya sekarang tengah cuti semester, mak dan ayah pun nak ambik kesempatan dengan suruh saya duduk rumah jaga adik kecil saya tu. Saya sunyi di sini.... :(


Macam yg saya bagitau tadi, sekarang saya sedang cuti semester. Cuti semester yg lima minggu sudah tinggal tiga minggu je lagi. Lepas ni, hari-hari kene mengadap buku. Dan belajar! Taknak jadi macam semester lepas. Study last minit, lepas tu semua blank masa hari exam. Sadis!


Buka nanti, dah naik semester kedua di tahun pertama. Ambik course apa? Adalaaahhh. Tiba masa nanti saya akan reveal juga. Cuma..... ada ke yg sudi nak terus membaca blog picisan ni?


Wassalam and have a nice day!

4 comments:

  1. wah ! entri pertama ! selamat datang sayang !

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih jadi follower dan pengkomen pertama saya, heeee..

      Delete
    2. Ala.. Muna baru nak jadi yang pertama. :P

      Delete